Monday 27 March 2023

Dia, Abang Kawan Baik Aku Bab 21


Sebaik menyelesaikan tugas tengah hari itu, aku sempat menyinggah ke pasar membeli barang-barang dapur  yang kian surut. Entah apa lagi yang perlu di beli di dapur tu eh? Aku sendiri bingung sebenarnya memandangkan aku tak tahu pun apa yang dia nak makan. Chinese food of course lah kan? Kerana selama ini, selain western food..makanan style tu je yang dia nak. Dalam sibuk memikirkan dia, tak terlepas membeli bahan untuk buat Tom Yum buat Dina.

“Assalamualaikum…awak dimana..nak mmakan apa lunch nanti?” teringatkan Fareez, aku bertanya keberadaannya.

“You can have your lunch by yourself today..” aku spontan menjauhkan telefon itu dari muka aku. tu je? Dari cara dia balas mesej aku, boleh tahu hubungan kami di tahap mana. Bagi dia, aku hanya teman makan dia je ke..? Betul-betul ke dia anggap aku hanya tukang masak dia..? Ya Allah..terperangkap dengan situasi hubungan seperti ini, aku buntu nak buat apa..huhu. Tapi.. aku patut sedar diri kut…aku paksa dia kahwin dengan aku dan hanya aku yang bertepuk sebelah tangan… umum tahu, untuk apa ikatan ini jika hanya ikatan semata-mata di atas sekeping kertas? Argh…again! Sedar diri dimana tempat kau Ain..!

Ada kalanya aku bersemangat untuk mencipta hubungan mesra seperti pasangan lain, namun melihat dia hanya pandang aku sebelah mata…mati akal aku di situ juga. Konon jelah terfikir macam tu. Tapi tu laah..Dia terlalu sayang girlfriend dia tu ha. Di ingat-ingat, rasa cemburu membuak-buak tanpa sebab..huhu. Tak tahu malunya aku..ada hati nak bersaing haha!

 Tapi eh? Kenapa aku tak pernah nampak dia berhubung dengan girlfriend dia ha..? Bergaduh ke..?

Ketika fikiran melayang sambil memilih bahan, aku terlanggar sosok tubuh seseorang di belakang aku. Barang di tangannya bertaburan akibat perlanggaran kami.

“Opss! Sorry-sorry saya tak sengaja…” sambil meminta maaf, aku mengutip semula barangnya yang bertaburan di atas lantai. 

“Ain…!” belum mengangkat wajah, orang itu terlebih dahulu mengenali aku. Aku segera angkat muka.

“Abang….” spontan perkataan itu terpacul dari mulut aku dengan kehadiran Zariff disitu. Walau setiap hari berjumpa dengannya ketika briefing pagi, terserempak dengannya diluar membuatkan aku sedikit gementar. Mendengarkan gelaran aku kepadanya, lantas bibirnya menitip senyuman suka.

“Hmmm…rindunya dengan panggilan tu…” ujarnya berterus terang sambil tangannya menyambut beberapa barang yang ada di genggaman aku. Aku hanya mampu terkebil-kebil tidak tahu apa yang perlu dikatakan terhadap rasa hatinya.

“By the way…Ain buat apa di sini..?” soalnya sengaja menukar topik bualan setelah sedar akan kejanggalan antara kami.

“Ohh…err..Ain beli barang sikit…” 

“Barang ape?” soalnya lagi disertai dengan senyuman. Terkedu seketika dengan senyuman tu. Iskkk! Kenapa dengan aku ni ha..? Takkan masih ada saki baki cinta aku dekat Zariff?

“Ohh…Dina…dia nak makan sup Tom Yam..Ain nak masakkan Dina..”

“Henry…” belum selesai aku menghabiskan ayat, kata-kata aku dipotong olehnya dengan menyebut nama Henry. Aku tersentak saat itu juga.

“Henry…kenal Ain tak? Cam Ain?” aku ketap bibir. Fikiran aku jammed buat seketika.

“Sebenarnya Henry..”

“Tak cam Ain kan? Abang tahu sebab hari tu nampak Ain tumpang kereta Henry…kalau dia cam Ain, tak kan dia masih nak.tumpangkan Ain kan?...…” ya Allah..terkedu aku dengan salah sangkaan dia tentang cubaan.penjelasan aku..huhu. Macam mana aku nak berterus terang ye..?

“A..ah…” hanya itu yang mampu terungkapkan.

“Abang minta maaf sekali lagi soal keterlibatan Ain dengan muslihat abang dan Emma 5 tahun lepas. Kalaulah abang tahu apa yang bakal jadi, abang tak akan libatkan Ain dalam hal antara abang dan Emma…sebab abang tak sangka  lepas kejadian tu, kita ditakdirkan kenal dan berkawan dengan Dina pula…” aku diam dalam masa yang sama paksa diri untuk senyum dihadapannya.

“Tapi Ain jangan risau..hanya kita je yang tahu benda ni..” katanya meyakinkan aku. Walhal..ermm..Fareez tahu kut..dan Fareez hanya perlu 30 saat je untuk.beritahu semua orang pasal tu. 

“Ain..! Kenapa diam?” soal Zariff menghentikan lamunan aku. Entah berapa kali dia memanggil nama aku tadi.

“Erh..ye?” aku terkulat-kulat.

“Ain jangan risau okay…”

“Ohh..okay..” senyum paksa lagi sekali.

“Ermm..lepas ni Ain nak ke mana? Kalau tak keberatan…”

“Ain nak balik ke rumah…sebab dah janji dekat Dina nak hantarkan dia Tom Yum..” aku beralasan sebab tahu apa yang bakal dia katakan. Aku maju sedikit ke hadapan berkira-kira meneruskan kembali mencari bahan.

“Oh..ingat nak bawa makan tadi..abang nak belanja..”

“Erh…next ti…”

“Next time? Abang tunggu..” ha? Kenapa aku tersasul cakap macam tu tadi…?? Isk..

“Ohh..okay..” nak tak nak terpaksa bersetuju. Mmm..

***


“Ohh..Ain…masuklah…mama pun baru je naik dari belakang rumah tengok-tengok landskap ttaman bunga mama yang mama baru ceria di muka pintu sebaik aku melangkah masuk.

“Penat juga walau hanya menyiram bunga-bunga. Apatah lagi kalau mama kemas-kemas pasu bunga tu..” keluh mama sebaik aku meletakkan sup tom yum itu di atas meja di ruang tamu. Aku hanya senyum melihat gelagat mama. Kami masing-masing melangkah ke arah dapur.

“Mama nak air ke mama? Ain tolong ambilkan ye..” soal aku mempelawa diri justeru menuangkan mama segelas air dari jug air yang sudah tersedia di atas meja makan. Tidak banyak cakap, mama hanya angguk setuju. Penat sangat agaknya mama ni. Sebaik duduk di atas kerusi, mama terus meneguk air yang aku sudah sorongkan di hadapannya.

“Ain bawa apa tadi..?” soal mama ceria sebaik menghabiskan air putihnya. Dirinya seolah-olah ditiupkan tenaga baru lagaknya. Hihi..

“Ohh..kejap ye mama.” Aku berlari anak mendapatkan sup tom yam yang aku tinggalkan tadi. Sekembali ke ruang dapur, aku letakkan di hadapan mama sambil tangan aku membuka bungkusan itu.

“Tom yam mama…Dina ada pesan nak makan tom yam. Jadi Ain buatkan Dina sedikit…kalau mama nak, Ain boleh ambilkan..”

“Wah..sedapnya bau. Tapi mama masih kenyanglah Ain..simpan je dulu..” mama menolak lembut pelawaan aku.

“Yelah mama..” balas aku mengikat kembali bungkusan makanan itu lalu menyimpannya ke dalam peti sejuk. Takut basi pula kalau dibiarkan di luar. Tinggal Dina panaskan je bila dah balik..

“Ain..” belum sempat aku angkat punggung, mama seru nama aku.

“Ye mama..” seraya aku berdiri lalu melabuhkan punggung dihhadapan mama.

“Emm…nanti apply cuti ye Ain..sebab mama nak bawa Ain bercuti sekali..” ujar mama tenang mengukir senyum.

“Ohh….dimana mama?” minda aku terhenti seketika sebelum bertanya lebih lanjut. Sebenarnya aku dah agak dah mama akan bertanyakan aku soal ni…

“Langkawi..” balas mama ceria.

“….baik ma…” jawab aku setelah beberapa detik idle kerana fikiran aku melayang.

Hermm..planning awal nak tolak..tapi mulut aku seolah terkunci untuk berkata tidak kepada mama..huhu


Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers