Sunday, 16 March 2025

Dia, Kawan Baik Suami Aku Bab 22

 Sebaik memusingkan tombol pintu, kasut Fareez sudah terletak cantik di atas rak kasut. Dah balik rupanya dia ni..? Ingatkan lama dekat luar..

“Assalamualaikum…” ucap aku memberi salam sebaik masuk ke ruang tamu.

“Waalaikumussalam..” Spontan dia menjawab salam aku. Dia alih kepala memandang aku sambil berkata.

“Ain dari mana tadi?” soalnya dingin.

“Dari rumah mama..” sekilas aku pandang dia sambil meletakkan beg tangan. Bercampur rasa aku ketika ini..

“Buat apa?”

“Hantarkan Dina Tom Yam..”

“Eh, tidak simpankan sekali untuk saya?” dia bingkas menuju ke dapur. Saat ini aku dah tegak berdiri melihat tingkah dia. Aih? Dah tadi kata tak nak lunch.

“Tadi awak kata tak nak makan di rumah…saya habiskanlah untuk Dina dan mama..” jawab aku laju melangkah sama ke dapur.

“Tu tadi..sekarang ni dah petang…” merungut dia di depan peti sejuk. Naik geram aku. Lain kali cakap lah terang dan jelas sikit..manalah tahu dia ni nak balik.

“Takpe..saya masak balik..” putus aku mendahului dia di depan peti sejuk.

“Never mind..jom makan dekat hotel hari ni..” ujarnya terus mencapai kunci kereta tanpa mengambil tahu apa reaksi aku. Begitu je tahu tak..? Ikut mood dia je. Nak tak nak kena akur jugak..

***

Ya Allah…patutnya aku dah agak dah ke hotel mana dia nak bawa aku tadi. Aku berbisik sendiri setelah langkah kaki aku dipandu masuk ke dalam. Aku buka kasut lalu diletak kemas ke rak. Hais..dejavu betul. Rasa macam nak cabut lari.

Belum pun aku betul-betul masuk ke dalam, aku disapa dingin.

“Ingat lagi tempat ni?” soalnya yang sedang duduk membelakangi aku. Kepalanya di angkat ke atas memerhatikan aku dibelakangnya yang baru hendak melintasi dia.

“Mmm..” jawab aku tanpa pandang dia. Bunyi macam aku biadap di situ tapi sebnarnya aku takut nak buka mulut. Aku terus ke mini dapurnya.

“Baguslah..” balasnya serta-merta bangun dari tempatnya tadi. Hanya ekor mata aku perhatikan dia. Aku gigit bibir ketika mendapati dia sedang menghampiri aku.

“Ain nak makan apa?” soalnya sambil mencuci tangan. Riaknya masih tampak sedikit dingin.

“Apa-apa je..” jawab aku pendek terus membelakangi dia. Sengaja aku membuka peti sejuk yang ada di tepi aku untuk menghilangkan rasa takut. Nasib baik ada seliter jus orange ni..boleh minum seteguk dua. Fuh~ Terasa tiba-tiba sempit tempat ni. Tapi eh, bukan ke dia yang nak sangat makan tadi?

Aku buka cepat-cepat jus oren itu lalu dituangkan segera ke gelas yang sekilas dicapai.

“Serius ke Ain nak pergi percutian tu?” soalnya tiba-tiba dengan posisi sudah bersandar di sinki dapur. Aku yang tengah meneguk jus terhenti.

“A’ah..pergi..dah janji dengan mama.." balas aku lambat-lambat.

“Emma ada sama..dan..mungkin akan berbincang soal pertunangan..” katanya membalas serius. Disini riak aku berubah serta merta. Hah? Dia dah tahu rupanya..

“Ohh..” aku lepaskan gelas jus aku di atas meja perlahan-lahan. Rasa disiat-siat hati ni dengan tiba-tiba.Tapi siapalah aku dimata dia?

“Oh my God..." melihat aku diam, dia tiba-tiba tertawa lucu. Wah..gembira nampak.

“Apa yang lawaknya..?" soal aku geram.

“Takde...ermm..okay since Ain pun nak ke sana, why not kita jalan sama-sama. Nak? " balasnya dengan tangan memeluk tubuh masih tersenyum-senyum.

“Eh..mana boleh? Dan tak boleh..tahu tak..? Untung ye..dah ada isteri, nak bertunang pula tu..siap ada girlfriend lagi.." omel aku kecil, geram sambil meninggalkan dia. Aku dapat tangkap dia pantas buntuti aku.

“Saya dengar tu…” bisiknya sambil tertawa kecil, sangat dekat di cuping telinga aku. Cepat dia meraih jemari aku, membuatkan langkah aku terhenti. Dia memusingkan tubuh aku menghadapnya, lalu memaut pinggang aku dekat dengannya.

“You always tease me.." ujarku mengerut dahi tidak berpuas hati.

"I'm not.."

"But I didn't expect our marriage to be something exciting...hihi". ujarnya tersenyum-senyum merenung ke mataku dalam-dalam.

Hah?

 

 

Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers