Saturday, 7 July 2018

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! [ Bab 40 ]

Aku ke bilik setelah perbincangan itu tamat. Langkah aku dibuntuti Shah yang cuba nak pujuk dan tenteramkan aku. Setelah pintu di buka, aku terus ke koridor yang terbentang luas…daun pintu ditutup perlahan-lahan oleh Shah. Tidak diduga Shah memelukku dari belakang dan menjatuhkan kepalanya ke bahu aku…kala ini jiwa aku benar-benar terusik…sungguhpun dia belum ke luar negara untuk meneruskan pelajarannya, hati aku sudah mulai rindu padanya.

“Sorry Ika…Shah tidak dapat tunaikan janji untuk sambung study di sini…Shah perlu cabaran yang lebih tinggi untuk melayakkan diri Shah untuk menerajui tampuk pimpinan syarikat ibu.”

“Tak…Ika tak marah Shah pun…” jawab aku.

“Habis tu…kenapa tinggalkan Shah begitu aje tadi?” tanyanya kembali seraya memusingkan tubuh aku agar berhadapan dengannya.

“Emm…..” aku ketap bibir tidak tahu apa yang patut dituturkan.

“So dua minggu lagi dah nak berlepas?”

“It’s 1 weeks more actually, tapi Shah minta excuse untuk tambah 1 minggu lagi…and approved. Raut wajahnya tampak serba-salah. Genggaman jemarinya di bahu aku sedikit dilepaskan.

“Kalau bukan sebab surat tu…Ika tak tahu pun Shah akan ke UK. Shah tak beritahu awal-awal pun pasal ni….” rajuk aku.

“Sorry sayang….Shah tak tahu macam mana nak beritahu dan macam mana nak bincang dengan Ika awal-awal..lagipun sebelum ni Shah tak tahu hati Ika macam mana….nak beritahu pun rasa macam tak kena….tapi, Shah janji, sebaik study Shah selesai, Shah balik ke Malaysia secepat yang mungkin…” jelasnya mengalihkan genggaman jemarinya ke jemari aku.

“Don’t worry Ika…we have skype…facebook…and we can calls each other…jadi tak jadi masalah untuk kita terus berhubung…” pujuknya terus menerus lalu menjatuhkan aku ke pelukkannya. Hanya anggukan lemah tindakbalas dari aku.

Telefon Shah berbunyi tanda panggilan. Shah melepaskan pelukkannya lalu menjawab panggilan itu. Aku menunggu disebelahnya.

“Hello….yeah it’s me. Okay…kejap lagi saya akan ke sana..alright.” sebaik menamatkan panggilan itu, dalam rasa serba salah Shah meminta izin untuk pergi. Tidak dijelaskan untuk ke mana, tapi telaan aku urusan itu berkait rapat dengan pejabatnya. Sebaik melambaikan tangan ke arah Shah yang berada dibawah yang boleh dilihat dari koridor, aku keluar dari bilik. Aku bertembung dengan Afif di tangga rumah yang sedang berkira-kira untuk naik.

“Can I see you for awhile?” tanyanya bernada biasa. Tidak macam sebelum ini..asyik marah-marah aje. Tidak setuju tidak juga menolak…aku masih berfikir-fikir.

“Please…just a moment…untuk pengakhiran kemelut antara kita…” jelasnya dan akhirnya aku setuju.

***

Sebaik memaklumkan mak angah, aku dibawa ke tempat yang selalu kami pergi dulu. Hemm…pendek kata tempat ‘dating’ kami dulu. Ah! Ignore je lah kalau dalam fikiran dia masih nak mengharap sesuatu. Aku labuhkan punggung di atas pokok yang tumbang yang berada berdekatan dengan kereta yang diparkir oleh Afif. Dia juga begitu.

“Aku nak minta maaf jika selalu menganggu you sebelum ni…just..tak boleh terima yang you dah jatuh ke tangan orang lain…especially jatuh kepada adik aku sendiri…” tuturnya memecah hening setelah beberapa saat aku tidak bersuara.

“Ermm….saya..”

“But I have to accept that this is my fate…eventhough it is unbareable..” tidak sempat aku melanjutkan kata bicara, ayat aku dipotong oleh Afif. Aku halakan pandangan aku ke arahnya…betul..aku sedikit terusik akan kata-katanya walau dia pernah kecewakan aku sebelum ini namun aku juga manusia biasa yang akan ada rasa simpati pada sesiapa sahaja.

“But I wanna ask you something….Shah ada beritahu tak yang dia dah lama kenal you sebelum ni?”

“Em?” rasa terkejut. Aku terkebil-kebil mengerut dahi cuba menangkap situasi yang dimaksudkan….lalu aku menggelengkan kepala.

“Ouh…..” dia diam mencerna sesuatu sambil menggaru-garu dagunya yang tidak gatal.

“Sorry…err…bukan apa…. aku cuma hairan kenapa sampai sekarang Shah rahsiakan perkara itu…” sambungnya lagi menambahkan rasa ingin tahu aku tentang itu . Aku ketap bibir bawah. Aku bukan nak fikir negatif tentang apa yang Afif sampaikan, cuma menjadi tanda tanya aku juga.

“Ermmm…Shah tu dah lama kenal you Fikah…sejak kita masih bersama lagi…dann…you ingat tak postcard yang dikirimkan itu selama ini? It’s him. Not mine….cuma untuk makluman you..the last one tu aku punya…dengan kata-kata yang tertulis ‘can we meet somewhere?’ ” Kejutan demi kejutan yang tanpa aku duga menyebabkan handbag yang aku pegang aku genggam erat.

“Maknanya masa itu…?” pertanyaan aku terhenti di situ. Benar-benar rasa nak terduduk!

“Yes… I still in Malaysia! I don’t know who spread the lies that aku dah ke Australia!” Boom! Dan benar telaan aku…aku telan air liur. Terasa perit kerana cuba untuk menafikan sesuatu kebenaran.

“I tried to call you Fikah….bukan beratus kali…but a tousand time…but in the end, I heard you dah cuti semester…dah balik kampung..”

“Afif….dahlah. Jangan kelirukan aku…jangan buat aku rasa bersalah…” pinta aku menutup wajah…nada aku seakan-akan sudah merayu agar dia tidak teruskan kata-katanya kerana aku benar-benar terpukul….benar-benar buntu..benar-benar lost pasal perkara itu.

“Demi sesuatu kebenaran Fikah…trust me! Dan hati aku kuat mengatakan…Shah adalah orang yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah yang aku dah ke Australia masa itu…rancangan yang cukup baik, dia singkirkan I dari hidup you…dia masuk dalam hidup you sementara aku masih di Australia. Sebab itu selama ini, pertemuan you dengan dia seperti sudah dirancang…sewakan rumah tu pada you, pujuk pak ngah untuk masuk sekolah tu semula and finally….dia dah miliki you..”

Jika itu benar…aku seperti boneka di set up macam-macam rancangan. Itu yang buatkan aku rasa pedih…

Pelbagai andaian yang muncul di benak aku sekarang…patutlah Shah tak pernah tanya pasal Afif…patutlah segala-galanya dia tahu tentang aku…patutlah itu..patutlah ini…susah untuk aku terima kebenaran itu namun minda aku sendiri mengiyakan semua kebetulan-kebetulan yang terjadi antara aku dan Shah selama ini memang dirancang!

“And if…there’s a way to turning back, I will not let him reply your postcard for the first place…sebab itu permulaan Shah kenal you… satu penyesalan aku yang sangat besar..”

“Kenapa baru sekarang nak beritahu saya…..sedangkan sebelum ini banyak peluang untuk explain pada saya?” tanya aku lemah kembali menggengam jemari menahan perasaan yang berkecamuk. Soalan aku buatkannya terhenti seketika.

“Sebab you dah tukar nombor telefon…. aku call Fatin, dia pun dah lost contact dengan you…” dalam diam aku akui itu benar. Aku kembali mendiamkan diri..kembali pada dunia sendiri…

“Aku ingatkan selama mana aku di Australia dulu, you masih ada untuk aku…masih mencintai aku sebab kita bukannya ada kata putus untuk berpisah…tipu kalau aku dah lupakan you Fikah….honestly…tipu kalau aku masih mengharapkan you sampai sekarang…”

“Saya minta maaf Afif jika saya salah satu punca kita berpisah dulu….” potong aku untuk mengelakkan dia dari meneruskan kata-katanya…

“Ya…saya juga menyesal dengan apa yang berlaku antara kita…rasa bersalah…mungkin rasa tertipu..rasa terperdaya…tapi untuk saya kembali ke masa itu semula, awak dan saya pun tahu itu mustahil….” ya…mustahil…sebab aku dah jatuh hati pada Shah…aku dah sayang dia…walau apa pun alasannya..sama ada dia dah rancang untuk memiliki aku atau pun tidak, sama ada dia rampas aku dari Afif…hakikatnya aku dah sayang Shah.…aku dah tak boleh buat apa-apa untuk aku dan Afif…hanya rasa bersalah aku terhadap apa yang telah berlaku…

“Ini tidak adil untuk Aku Fikah….”

“Ya saya tahu…! Sebab itu saya minta maaf…” potong aku seraya berdiri. Dia pamit..

“Saya minta diri dulu….”

“Aku hantarkan.” dia turut sama berdiri. Aku sedar dia terkulat-kulat sekejap.

“Takpe….saya naik grab je…” putus aku menolak pelawaannya…

Tidak ambil masa banyak, dia beredar dari tempat itu sambil aku perhatikannya dari jauh…
Share:

Sunday, 6 May 2018

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! [ Bab 39 ]

Pejam celik, sedar-sedar dah kembali ke rumah. Huhu..macam mana aku ada kekuatan meluahkan perasaan aku padanya masa itu..macam bermimpi!

Pintu utama diketuk. Aku yang mengelamun di ruang tamu terkejut dengan bunyi ketukan cemas itu. Langkah kaki aku percepatkan ke arah pintu.

“Suprise! Jom shopping~” Wajah itu ceria mengajak sambil tangan dihulur.

“Ah? Shopping…err…belum mandi lagi..” balas aku putus-putus mengetap bibir. Bukan tak nak, perasaan aku bercampur aduk…masih segan dengannya.

“It’s okay…Shah tunggu.” katanya sambil menghadiahkan senyuman.

“Er..okay..okay…err..naik dulu.” balas aku tersekat-sekat dengan tangan dituju ke arah tangga.

“Hey…kenapa ni? Masih segan lagi pada Shah? Malu?” tanyanya justeru menggengam tangan aku yang masih kaku menunjuk arah tangga yang kala ini perlahan-lahan diturunkannya. Ya Allah…renungan matanya tu….. Isk ~ rasa nak tutup mata. Huhu~

“Emm…” aku mengangguk.

“Walaupun dengan apa yang telah berlaku kelmarin?” tambahnya dengan senyuman menggoda sambil tangannya melingkar ke pinggang aku. Sedar dengan perlakuannya merapatkan wajahnya ke wajah aku, aku cepat-cepat melepaskan pelukannya.

“Err…Ika tukar baju…” dia terpinga namun tetap menghadiahkan senyuman. Gigit bibir! Isk..kenapa dengan aku ni? Patutnya aku biarkan je dia tadi…tapi malu dan segan aku tetap tebal! Walaupun dengan apa yang telah berlaku?? Itu kelmarin punya hal, kelmarin punya hal lah..huhu! Aku cepat naik ke atas..dan beberapa kali juga aku palingkan kepala ke arahnya yg setia menunggu. Tersenyum-senyum sendiri…

Jauh benar kami membeli barang dapur. Yelah, atas permintaan aku? Manalah tahu, pelajar aku ke rakan sekerja ke..nampak aku? Haa..tau takpe! Bukan nak rahsiakan, cuma aku belum bersedia lagi untuk mereka tahu yang suami aku sebenarnya ialah Shah Imadi! Bukan senang masyarakat nak terima yang aku bernikah dengan pelajar sendiri. Betul tak?

“Shah, okay tak cermin mata ni? Mampu sembunyikan identiti Ika tak??” soal aku sambil memakai cermin mata gelap. Aku turunkan sedikit cermin mata itu agar mata aku separuh, Shah boleh nampak. Dia cebik bibir dengan pandangan mata meneliti. Buat aku ragu je..tak kan orang masih mampu kenal aku? Isk..

“Ermm..cukuplah tu Cikgu Syafikah..” selamba badak dia kata aku cikgu Syafikah? Aku sepet mata pandang dia atas bawah tapi selepas tu aku tertawa.

Shah menolak troli pasar raya. Aku pula membuntuti dia dari belakang sambil pandang kiri dan kanan. Kemudian depan dan kebelakang. Dah macam pencuri pula dah! Isk..

Sekejap-sekejap Shah jeling aku pelik. Sabar jelah..

“Shah nak beli apa? Kita masak apa hari ini? Kita masak soto nak? Tak pun kita masak asam pedas ikan?” kelip-kelip mata aku hujani dia dengan pertanyaan dengan menurunkan sedikit cermin mata hitam. Dia kecilkan mata lalu tangannya pantas membuka cermin mata aku. Kelam-kabut aku mengambil semula dari tangan dia kemudiannya memakainya balik. Hish! Dia ni..nasib baik dah jadi suami aku..kalau tak..huhu!

“Soto? Kurang minat lah sayang…” balas dia.

“Asam pedas? Pedas sangat…” kata dia lagi. Aku sudah kerut dahi. Soto kurang minat?? Memang sah bukan lidah melayu!

“Sedapnya asam pedas.. awak kata tak sedap??” aku mencebik pandang dia.

“Ayam masak herba boleh?” tanya dia beri senyuman. Aku ketap bibir berfikir sejenak. Eh? Bukan hari tu dia tak suka cium bau herba ke?

“Hehe....” senyuman nakalnya muncul. Huhu rasa nak tepuk dahi pun ada….sebab aku rasa macam ada sesutau yang dia fikirkan!

“Sebab Shah dalam proses nak baby cepat-cepat! Haha!” seloroh dia besarkan volume seperti menjawab apa yang ada dalam fikiran aku sekarang.

“Shah!” cepat-cepat aku tekup mulut dia.

“Awak janganlah besarkan suara sangat….” geram pula aku. Bukannya dia ambil pusing dengan pesanan aku, malah makin galak ketawa ada lah….sabar banyak-banyak Ika…huhu!

Kami ke bahagian perkakasan dapur pula. Mata Aku melilau semua tempat. Shah pula perhati aku dari jauh. Agaknya terpaksa layan karenah cara perempuan mencari barang kot? Hehe..

“Cikgu Syafikah! Dah lah tu..kita bayar dulu, barulah cari barang lain. Nak?” aku sepetkan mata. Aduh! Dia ni memang sengaja nak pecahkan identiti aku!

“Lapar ni…jom makan?” ajak dia. Dia hampiri aku lalu merangkul terus pinggang aku agar kami cepat sampai ke kaunter.

“Aduhh..Awak…Shah, janganlah buat macam ni! Malulah!” aku pandang orang sekeliling. Aku angkat kepala pada dia.

“Aish, buat apa nak malu? Ika tu Isteri Shah…dah jadi isterilah harus dipeluk-peluk dan disayang-sayang. Bukan baru couple sebulan sudah berpegang-pegang! Ni haa…dah nama pun wife, hehe!” Amboi, ceramah nampak? Aku rata mata pandang dia. Wife pun wifelah juga, tapi janganlah show off sangat. Isk..

Dia perkemaskan lagi rangkulan. Aku tepis, dia peluk balik. Huhu!

***

Alangkah indahnya suasana ditempat ni. Restoran ditepi pantai, pilihan dia untuk menikmati hidangan tengah hari. Sebenarnya hari sudah pun menginjak ke jam 3 petang. Baru sekarang dapat makan tengah hari. Perut dari tadi berkeroncong. Shah tu lebih lagi dari tadi merungut. Aku duduk dikerusi yang bertentangannya. Sesekali kepala aku tertunduk-tunduk dek mengelak orang yang dikenali ternampak aku! Tidak cukup dengan buku menu makanan sebagai pelindung, meja. Yaa..meja sebagai cover kedua. Sampai Shah sendiri menggeleng dengan gelagat aku. Tidak lama menunggu, makanan kami sampai. Aku makan soto, dia makan steam bot. Memang aku keliru…makanan dia ala tradisi cina. Muka pula bukan wajah melayu ayahnya, bukan pula wajah cina neneknya. Haa~ dia lebih kepada ibunya tu. Mata ala-ala bahagian middle east nun jauh ke sana. Hehe… dalam IC glemer melayu. Fuh! Inilah yang dikata kahwin campur ye?

“Lama mata tu tenung Shah….mesti dalam hati Ika tu ‘wah hensemnya husband Ika ni…’ hehe!” usikkannya menghentikan lamunan panjang aku.

“Alaa…perasan hensem lah tu~” perli aku justeru tertawa.

“ Aik? Tak cukup hensem lagi ke dengan wajah Shah ni?” tanyanya sambil menggayakan beberapa gaya seorang model.

“Ika dah sayang Shah….kurang hensem mana pun, bagi Ika, Shah tetap hensem berbanding lelaki-lelaki di luar sana….” tutur kecil aku serta merta menghentikan gaya model dia.

“Apa dia sayang?”

“Takde pape….” kata aku sengaja mengalihkan pandangan ke tempat lain dengan tawa.

“I wanna hear it from you once again….please?” pujuknya. Tangannya dirapatkan antara satu sama lain sambil matanya sedang mengharapkan sesuatu yang istimewa.

“Please Ika…” pujuknya kembali. Aku geleng. Dia pujuk lagi…aku geleng kepala. Dah dia dengar tadi kut..malulah nak ulang lagi..hihi. Topik bualan kami melupakan aku tentang identiti yang harus aku sembunyikan kepada umum.

“Ermm…Bestnya tempat ni..sejuk je..” saja je nak alihkan topik sementara tu mata aku sudah memandang jauh ke arah laut. Sesudu demi sesudu aku sudah suap ke mulut dengan sup soto. Tertipu dengan helah aku, perhatian dia juga ditumpu ke arah laut. Dia senyum.

“Kalau macam tu, kita tidur sini nak? Kita cari hotel yang dekat-dekat sini..chalet ke…homestay ke..” dia bertanya serius. Serta-merta aku terhenti menyuapkan makanan ke mulut.

“Pasal apa pula nak tidur dekat sini? Ikan, ayam dan sayur dalam kereta. Buruk nanti makanan tu. Sayang!” aku mencelah tidak setuju dengan cadangan dia.

“Takpelah..sekali-sekala…hehe!” senyumnya disertai tawa nakal. Ish..dia ni..

“Mengada-ngada!” aku cebik bibir. Aku abaikan je sebab, adakah patut nak menginap sedangkan esok kerja? Kan? Huhu~ nakal sungguh.

Tengah sedap makan soto…

“Cikgu Syafikah!” aduh siapa pula ni? Aku terus berpaling ke belakang aku dengan senyuman pahit. Nak ternanga aku. Aduh, mana aku nak sorok muka ni??

“Ohh..ahhh..” tersekat-sekat kata-kata aku.

“Waaah tak sangka jumpa cikgu dekat sini!” tiga orang pelajar perempuan tingkatan 3 tersenyum ceria. Wani, Intan dan Irma..tiga sekawan ni aku kenal sangat! Sebenarnya kelas mereka ni aku masuk sekali-sekala sebagai guru ganti. Ajar sejarah! Guru dia orang tengah cuti bersalin. Huhu bertuahnya aku hari ini..

“A’ahh..kamu buat apa dekat sini?” tanya aku menyebabkan mereka bertiga saling berpandangan antara satu sama lain.

“Aish cikgu nii~ makanlah! Apa lagi?”

“Ya tak ya pula kan?” kecil saja suara aku. Bingung sendiri! Shah tersenyum simpul pandang aku. Soto hilang sedap ditekak dek budak-budak ni.

“Aikkkk?? Abang Shah pun ada dekat sini?” Wani yang berbaju putih tu baru perasan Shah ada didepan aku. Shah sudah bulat mata terkebil-kebil.

“Aaahh…” kata dia tersenyum paksa.

“Ishh bestnya jumpa abang Shah dekat sini..” ujar Intan yang tidak lagi pedulikan aku di depan dia. Berebut-rebut tiga orang tu mencari kerusi lalu ditolak duduk bersebelahan dengan Shah. Naik pelik aku dengan budak-budak ni.

“Abang Shah..ooh abang Shah, kenapa eh berhenti sekolah? Rindu tau kita orang dekat abang!” tanpa aku duga, tersembur sup soto dari mulut aku. Nasib baik orang tak perasan. Shah pula sudah terbatuk-batuk. Dia pandang aku dengan garuan di kepala. Kerutan di dahi semakin banyak. Aku pula pandang langit..tepi laut..saja buat tak tahu..

“Kawan-kawan pengawas semua tertanya tau, kenapa abang Shah tiba-tiba berhenti sekolah..” si Irma bersuara. Aku kelip mata..ohh jadi mereka ni semua pengawas sekolah lah ye? Baru aku ingat, Shah tu ketua pengawas dulu. Bila ditanya, Shah cuma mengangguk-angguk dari menjawab soalan tiga orang pelajar tu.

“Abang Shah, dengar kata..abang Shah ada girlfriend. Siapa dia tu Wani?”  Intan bertanya sambil kepalanya dikalih ke arah Wani. Aku buntang mata pandang Shah. Berasap jugak telinga aku ni. Budak-budak ni pun open minded sangat. Semua mereka cerita walaupun cikgu didepan mereka ni ha!

“Ohh kakak Firhah tu!” Firhah? Firhana tu ke? Aku berteka-teki di dalam hati. Telinga dipasang pada tempat-tempat yang aku mampu capai. Haha..

“Eh..eh tak, mana ada. Saya tak kenal siapa Firhah tu.” Nafi Shah. Dia pandang aku dengan gelengan puluhan kali. Aku saja buat-buat tidak dengar. Mata aku dilirik ke kiri dan kanan, atas dan bawah.

“Habis tu, apasal kak Firhah kata abang Shah soulmate dia??” puuurrhhg! Tersembur makanan dari anak tekak aku. Huhu! Apa pulak ni? Rasa nak nangis dengar…

Aku lihat Shah pula sudah tepuk dahi.

Lama jugak pelajar-pelajar tu berbual dengan Shah. Naik hantu aku dibuatnya. Lagi lama aku duduk semeja, lagi banyak benda yang aku dengar. Aduhh!

Ting tong, ting tong~ dah macam sejam aku duduk seorang-seorang. Boringnya..sudah tahap ultraman dah ni!

“Cikgu tunggu orang eh?” soal Intan tiba-tiba berpaling pada aku. Rasa nak pengsan dibuatnya. Boleh di orang ni tanya aku? Huhuh…

“A..ahh…tak..tak..sebenarnya cikgu dah siap makan dah…takpe, cikgu balik dulu eh?” kata aku. Selepas ketiga-tiga mereka siap menyalam aku, aku ke kereta.

Dari jauh aku perhatikan mereka berempat berbual panjang. Ya Allah…sabar je lah.  Shah ni pun…atleast berilah isyarat mata ke..tangan ke, masa aku nak beredar tadi. Ni tak, macam merestui aku pergi je…haih!
Share:

Tuesday, 7 March 2017

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 38 ]

‘Ku adalah manusia..yang paling beruntung…memiliki kamu, kau tiada habisnya menyayangi aku sepenuh hatimu….cinta yang luar biasa, ku serahkan pada diri mu…’

Terjaga apabila bait-bait lagu itu sayup-sayup kedengaran dari smartphone Shah yang masih elok terselit dalam blausenya semalam. Itu adalah ringtone aplikasi Whatsapp Shah. Jam di dinding ditoleh perlahan-lahan kemudian kepala pegun pada keadaan asal tadi. Baru jam 2 pagi….

Ringtone yang berulang membuatkan aku terbuai… mata dipejam celik dalam samar menghayati lagu itu. Aku curi-curi tengok dia yang erat memeluk aku dari belakang. Mata itu masih tertutup rapat. Lena betul dia…sedangkan aku?

Bahagia tiba-tiba hadir…rasa sebak…rasa nak nangis seorang-seorang pun ada…Bercampur-baur…aku raih sebelah tangan Shah lalu jemarinya aku dakapkan ke dada.

“Shah…Ika minta maaf…..” kata aku separuh berbisik dengan harapan dia tidak terjaga kerana aku lafazkan kata-kata itu sekadar untuk melepaskan beban hati. Namun punah, pergerakan kecil tubuh itu meyakinkan aku yang dia sebenarnya sudah terjaga!

“Ika…are you okey?” soalnya dengan tiba-tiba memusingkan tubuh aku ke arahnya. Jantung berdegup kencang dan terkebil-kebil mata ditanya sebegitu serius. Besar sangat ke suara aku tadi? Aku telan liur…malu…huhu

“Ika…are you okey?” tanya dia gagahkan diri walau berkali wajahnya di gosok dengan tangan cuba menafikan rasa mengantuk yang masih tebal.

“Sebenarnya…saya tak okay….boleh tak Ika tumpang tidur sekali dengan Shah sekejap?” malu mengaku namun aku memberanikan diri meluahkan rasa yang terbuku. Membulat matanya bila aku jawab begitu. Tiada sepatah kata yang keluar dari bibirnya…hanya anggukan kepala yang ada.

***************************

Yang aku sedar, dari siap solat subuh tadi, dia asyik perhatikan aku je. Kalau aku tengah kemas-kemaskan tilam, dia duduk diatas sofa tekan-tekan phone sambil curi-curi jeling aku. Kalau aku kemas-kemas beg, dia pura-pura sibuk membuka laci meja televisyen sebab aku duduk situ-situ je. Aku tahulah…mesti dia pelik dengan aku pasal semalam. Kalau rasa pelik, kenapa tak tanya aku? Dah kemana pula rasa exited dia tunggu aku tu dulu? Tak kan aku dah bertepuk sebelah tangan kut? Huhu… aku tengah tunggu dia memulakan dulu sebenarnya…Tapi, duh~ fikir-fikir balik soal semalam, rasa nak benamkan muka je ke dinding. Malu yang amat sangat..

“Erm….Shah ada kerja sekejap…mungkin sampai malam….so…kalau Ika tak keberatan…boleh tolong Shah kemas-kemaskan beg pakaian Shah sekali?” katanya seraya angkat punggung setelah lama duduk di situ. Tidak banyak cakap pun dari tadi. Aku angguk kepala je. Tidak ditolehnya aku, dia berlalu gitu je. Dah separuh hati pula aku sekarang ni nak beritahu dia soal hati aku pada dia...

Masa berlalu begitu sahaja. Sebaik dia keluar tengah hari tadi, call takde, whatsapps takde, mesej lagi lah takde….fuh~ seolah-olahnya keadaan kami dah tak macam sebelum aku terima dia! Huhu….rasa bosan yang amat sangat! Rasa marah pun iya juga…nak je aku call dia lepas geram dan mempersoalkan macam-macam dekat dia. Huh!

Tapi…dari fikir benda yang sia-sia, baik kemas je baju Shah tu….lagipun esok dah nak balik. Dah nak balik esok?? Ish…aku nak sesuatu dari holiday ni…aku tak nak balik dengan tangan kosong je. Aku nak hubungan kami okay…aku nak clarify dekat dia…yang aku dah terima dia! Aku sayang dia………….tapi…tingkah laku dia buat aku dua hati…

Selepas angkat kain baju Shah, aku heret beg pakaian Shah ke tepi katil. Pakaian Shah aku dah lipat kemas. Zip beg pakaian aku tolak ke arah kanan agar terbuka. Belum pun sampai separuh zip itu dibuka, jari aku tersentuh sesuatu dari dalam beg. Mata aku tertarik pada kotak berwarna hijau muda setelah beg pakaian Shah terbuka luas lebih-lebih lagi diatasnya tertulis, ‘Buat isteriku Syafikah’.

Aku angkat keluar kotak itu dalam debaran. Kotak itu aku buka pelan-pelan…didalamnya terdapat puluhan surat-surat dan nota-nota lama yang kemas terikat. Hanya sepucuk surat berwarna merah jambu yang tidak diikat. Aku buka surat tu.

“Meet me here.”

Aik? Ni je? Aku kehairanan sehingga belek-belek ke depan dan ke belakang surat yang mengandungi peta itu. Kenapalah tak beritahu depan-depan tadi? Hemm..takpelah, mesti dia dah prepare sesuatu. Hehe! Dia kan selalu macam tu?

Aku segera bersiap lalu ke tempat yang dimaksudkan dan sampai. Dekat area sini je…sebab tu cepat sangat sampai. Aku nampak kereta Shah didepan sana. Tapi….kecewa…sebab perkara yang aku harapkan tidak dalam sebahagian scene aku dan Shah sekarang. Isk…aku ingatkan tadi tempat yang romantik sikit ke…aduh~! ke aku yang terlalu fikir banyak nih!? Ya Allah…

Aku buka daun pintu kereta dan duduk.

“Aik? Kenapa monyok je ni? ” usik Shah sebaik aku memasangkan tali pinggang keledar ke tubuh.

“Pagi tadi cakap lewat balik…? So kita nak pergi mana?” tanya aku sengaja tidak menjawab usikan dia tadi sambil toleh dia.

“Ermm…” Itu je dia balas. Aku pun tak lah paksa dia jawab sebab aku dah malas nak tanya banyak-banyak.

Laju kereta itu dipandu oleh Shah. Tiba di satu tempat, dia berhentikan kereta. Tidak tahu tempat sebenar kami berhenti, tapi yang aku pasti…tempat ini  menyenangkan. Kawasan perkampungan…ada sebatang anak sungai yang mengalir. Putih dan jernih airnya…

“Cantik kan anak sungai tu….” katanya sambil kepalanya ditoleh pada anak sungai. Bersahaja sangat wajah itu.

“Emmm….”

“Jom!” ajaknya turun. Aku segera membuka daun pintu kereta seraya menyandarkan tubuh ke kereta setelah menutupinya kembali. Shah sandarkan tubuhnya disebelah aku.

“Argghh~ lenguh pula badan ni tunggu Ika dalam kereta dari pagi tadi hehe….” katanya sambil meregangkan tangan ke depan.

“Lain kali awak cakap je lah… ‘Ika, Shah tunggu dalam kereta ye?’….manalah tahu awak tunggu dalam kereta. Lebih-lebih lagi awak cakap, ‘ermm..malam ni Shah balik lewat..’ ” aku lakonkan ayat tu semula di depan dia menyebabkan dia tergelak besar. Aku jeling maut, dia masih gelakkan aku. Aduh! Geramnya aku…

“Ish….malaslah nak bercakap dengan awak ni….” kesal aku terus ke arah sungai.

“Ika..I’m sorry! Shah gurau je…” dia cuba capai tangan aku namun tidak berjaya. Hilang tawa dan gelak dia apabila aku serius. Takde sorry-sorry, naik lorry je!

Langkah kaki aku percepatkan ke arah batu yang ada di tepi sungai. Aku labuhkan punggung di situ manakala kaki aku pula dijatuhkan ke aliran sungai. Skirt aku diangkat sedikit supaya tak kena air. Cetek je air sungai tu..

“Turunkanlah sikit skirt tu Ika…”

“Takpe…ada stokin Ika pakai…” aku ingkar.

“Tapi still tak manis macam tu.” sebaik berkata-kata dia turun ke sungai lalu menarik lembut skirt aku ke bawah kaki. Cuak juga…ingatkan dia dah marah tadi. Huhu…

“Ika marah Shah sebab tadi? Shah minta maaf…bukan sengaja nak sakitkan hati Ika…usik sikit je…Ika nak ais krim tak? Gula-gula?” tutur kata memujuk darinya membuatkan aku tersenyum....pandai betul pujuk aku. Huhu…

“Awak keluarlah dari sungai tu…basah awak nanti…” arah aku bersahaja.

“It’s okay…basah seluar je…nak join?” balas dia tersenyum mengenyit mata mempelawa seterusnya menyambung kembali gerakan kakinya bermain dengan air. Huhu…buat aku jatuh hati lebih je.

“Jom lah balik…” ajak aku. Teringat pula dengan pakaian yang masih belum dikemas tadi…hemmm…lagipun…mungkin aku yang terlebih fikir pasal hubungan kami. Walhal dia biasa-biasa je…okay je..

“Kejap lagi lah….Shah suka tempat ni…” dia enggan keluar dari situ. Belum pernah jumpa sungai agaknya dia ni…geli hati dibuatnya. Hihi…

“Nak kemaskan pakaian yang berbaki…tunggu dalam kereta je lah…” seraya aku bangkit berkira-kira untuk meninggalkan tempat itu. Belum sempat untuk melangkah tubuh tiba-tiba aku rasakan sudah berada di udara. Hampir menjerit dirangkul begitu. Hampir-hampir pula jatuh bila Shah hilang imbangan badan ketika mendukung aku!

“Shah!” aku meronta-ronta minta dilepaskan.

“Ika….pssttt….look here and listen to me…” tutur lembut dan pandangan matanya buatkan aku terhenti serta-merta. Tak seperti tadi…meronta separuh nyawa itu sudah pasti.

“Nak tanya sesuatu…my last question actually...dan Shah nak Ika beri jawapan sejujur-jujurnya…” aku ketap bibir menanti soalan dia seterusnya..

“Ika benci Shah…?” pelahan-lahan soalan itu terpacul dari mulutnya. Dia aku lihat telan liur satu kali sementara itu matanya tidak putus merenung ke anak mata aku.

“Tak….” jawab aku mengigit bibir..sengaja aku alihkan mata dari dia sebab pandangan matanya tu buat aku jatuh cinta lebih. Huhu..

“Do you….”

“Woi!” kalau iya pun bercinta, tak perlulah angkat girlfriend tu~ cepat-cepat kahwin supaya tak segatal itu! Dosa bro~ dosa~” belum habis kata-kata Shah, tidak semena-mena tiga pemuda kampung yang masing-masing dengan motor kapcai menyindir melintas kami menuju ke arah jalan besar.

“Seriously…?” tajam betul pandangan mata Shah kepada tiga pemuda tu. Buatnya tak marah disindir begitu…hehe! Cepat-cepat Shah turunkan aku ke tebing sungai.

“Bukan takat girlfriendlah…bini aku kut!?” marah dia masih bersisa walau sudah  naik ke tebing sungai. Mengekek  aku tertawakan dia..hehe! Tu lah, dah terlampau romantik di kata gatal. Adoi~

“Ketawakan Shah ye….?” rata matanya mempersoalkan tindakan aku sambil datang dekat selangkah demi selangkah. Dikala ini aku pula sudah selangkah demi selangkah mengundur ke belakang takut di hampiri sedemikan rupa. Dahlah renungan mata dia buat aku cair…

“Ermm…dahlah jom balik….matahari dah nak terik dah ni.” ajak aku cepat tanpa sengaja menarik tangannya. Ajakan aku dipatuhi tiada bantahan…namun aku sedari, sepanjang perjalanan kami ke tempat penginapan, di hanya diam membisu. Ish…buat aku rasa bersalah je…

Sementara aku melipat-lipat pakaian Shah, dia diam membisu duduk di hujung katil. Seolah- olah banyak masalah…

“Shah…nak pakai baju mana satu nak balik esok? Ini atau yang ni? Nak gosok…” tanya aku mengangkat baju itu di hadapan dia. Sengaja nak tegur supaya dia tak menghayal jauh. Aku risau sebenarnya…

“Kanan tu lah…”

“Seluar nak yang official? Ke atau yang biasa je?” sambil aku ke almari pakaian mencapai dua jenis seluar yang tersangkut. Dia bangkit menuju ke arah aku..

“Seluar ni lah…mana tahu seluar ni membantu Shah dari dituduh boyfriend kepada Ika nanti…” bila ayat tu je keluar, automatik aku tertawa.

“Hemm…” Dia ambil seluar itu dari tangan aku sebelum dia jeling aku. Dia letak ke tepi seluar itu.

“Okay…dah stop ketawa…” putus aku menekup mulut sendiri agar tidak tergelak lagi. Tidak semena-mena dia meraih kedua belah tangan aku ke genggamannya lalu mengucup jemari aku seikhlas hati. Tiada senyuman yang terbit dari bibir itu malah seakan-akan sedang melepaskan sesuatu beban. Aku jadi tidak menentu dan terkebil-kebil diperlakukan begitu..tapi tak kan aku nak tarik tangan….huhu!

“Mungkin Shah tamak jika Shah inginkan Ika mengucap kata-kata cinta untuk Shah saat ini….dan tidak keterlalun jika Shah katakan mungkin itu satu-satunya hak yang Shah ingin tuntut saat ini…” ya Allah…kenapa aku terlupa sekejap tentang ini? Masa dia diamkan diri dari tadi, aku patutnya dah tahu apa yang bermain di fikiran dia..

 Aku tak patut biarkan suami aku tenggelam dalam lautan tanda tanya itu…bukan sahaja itu hak dia untuk tahu…malah itu tanggungjawab aku untuk mencintai dia.

“Awak….” aku tarik perhatiannya dengan genggam jemari itu. Wajahnya diangkat menjauhi jemari, bersedia mendengar kata-kata aku seterusnya.

“Shah…” aku lepaskan genggaman lalu memegang wajahnya dengan kedua belah tangan aku. Wajah itu masih dengan reaksi yang sama seperti tadi…seolah-olah hilang semangat sepenuhnya!

“Shah…” aku senyum menatap wajah itu. Satu-satu aku perhatikan mata itu dalam-dalam.

“Bagaimana untuk ika tolak tuntutan itu disaat hati Ika juga mengharapkan perkara yang sama berlaku”?

“Ha?” terlepas kecil perkataan itu dek terkejut. Terkebil-kebil mata itu menanti penjelasan. Aku tersenyum melihat tingkahnya yang serta-merta berubah.

“Is ‘it’ Ika?” tanyanya dan aku mengangguk memahami pertanyaan itu. Lebar sungguh senyumannya dan tampak rasa terharu yang amat sangat. Tidak semena-mena dia merangkul tubuh aku kemudian dilabuhkan cermat ke meja solek. Posisi ini memudahkan tubuhnya dijatuhkan ke atas meja di tahan oleh kedua belah tangannya dengan tubuh aku ditengah-tengah.

“Please say it Ika…I really wanna hear it from you.” tuturnya lembut sambil matanya merenung ke mataku dalam-dalam. Sungguh bagaimana aku tak jatuh cinta dengannya? Hanya dengan renungan mata itu sudah cukup untuk aku jatuh hati..

“I love you Shah….” saat aku melafazkan kalimah itu, matanya nampak semakin berkaca-kaca... rasa berterus terang dan keceluparan mulutnya lesap begitu sahaja apabila teruji dengan ayat itu. Tidak mahu saat itu bahagia itu kosong, tangannya mula melingkari tubuhku lalu memberikan aku pelukan kasih sayang yang selama ini tertangguh.

“I love you too Ika… and I don’t know what else to say…just…I’m kind of flying right now…thanks love…” bisiknya. Bukan sahaja dia, malah aku sendiri hilang kata-kata saat ini. Rela dan membiarkan rasa bahagia meresap ke hubungan suci ini kerana aku yakin...ini yang terbaik buat kami...
Share:

Sunday, 17 July 2016

( Full Novel) Suamiku 19 Tahun [ Bab 37 ]

Termenung sendirian di beranda hotel...

...risau...

Tubuh disandarkan, tangan mengenggam sepucuk surat yang tanpa sengaja aku temui. Aku yakin, inilah surat yang dimaksudkan oleh Afif tempoh hari...

Shah tercicir sebaik bergegas keluar dengan clientnya tadi. Kenapa dia tak beritahu aku eh...? Tak kan dalam diam dia akan pergi tinggalkan aku...? Hanya dalam seminggu lagi...

....................................

“Tit..tit..tit..tit..tit!”

Aku terjaga saat alarm jam digital di meja di tepi katil berbunyi. Kuat pula bunyi dia setelah semalam aku setkan ke angka 5 untuk solat subuh. Terkejut jugak tadi. Aku gerakkan tubuh ke kanan dan kaki pula diturunkan ke lantai. Ish..kenapa kejang semacam je kaki aku ni? Sakit! Aku bangkit tanpa mempedulikan rasa sakit itu namun tiba-tiba……..

“Buuukkkkkkkk!” macam nangka jatuh. Adoii~ sakitnya punggung aku. Kaki aku macam putus urat je. Aku langsung tidak boleh berdiri! Shah sudah terbangun dari tidurnya. Terpinga-pinga dan kelam kabut dia turun dari katil. Dengan mata yang masih terpejam celik, dia gagahkan juga untuk fokus pada aku. Haduih~

“Ika okay tak?” soal dia cepat. Aku yang sudah duduk di lantai menggeleng perlahan dengan wajah minta kasihan. Huhu...

“Shah dah agak dah benda ni kelmarin..takpelah, mari.”  rungutan dia terhenti dengan tiba-tiba saat mengangkat tubuh aku ke katil dan meletakan aku perlahan-lahan. Nak membantah, aku segan sebab dari wajah dia aku dapat mesej yang dia sangat serius. Tegas! Nak bantah lagi? Kirim salam jelah~

Dia duduk di birai katil membelakangi aku. Beberapa kali dia raup wajah yang masih mengantuk.

“Masih sakit?” soal dia berpaling sekilas pada aku sementara matanya dipaksa untuk buka. Aku angguk kepala. Kalau sakit yang tertahan, aku nak jugak temberang. Tapi, sebab seluruh tubuh aku macam nak roboh…aku kena akui! Dia tiba-tiba mengangkat punggung seraya menghampiri beg pakaian lalu mengambil sesuatu dari salah satu poket. Aku sedaya upaya mengintai apa yang dia tengah buat tapi gagal. Dia kembali duduk dibirai katil dan menghadap aku.

“Sini, Shah urutkan.” ujar dia. Belum sempat aku berkata apa-apa, dia terus menaikkan kain pakaian tidurku ke paras lutut. Tergamat dan terkejut sekejap. Ingatkan dia nak buat apa tadi. Huh~

Shah Imadi….sempat fikiran aku melayang jauh tentangnya sementara dia merawat kaki aku.

“Hehe awas kau Ika. Dia tu nampak je baik, tapi…..dia tu, ibarat kucing kalau dah nampak ikan depan mata? Haa jawab sendiri! Hahaha!”  Teringat pula kata-kata Fatin. Hmmm....kata-kata Fatin ada betulnya juga...tapi.....

“Dah siap..” ujar dia terus mematikan lamunan aku. Dia angkat muka tersenyum menatap pada wajah aku. Menggelabah jadinya.

“Lain kali, sebelum jogging..buat regangan dahulu supaya otot tidak terkejut.” pesan dia seraya tersenyum lawa.

“Ohhh…..” balas aku masih bingung-bingung. Bukan aku tak tahu semua tu...kelmarin tu, aku lupa je.

Dia angkat punggung seraya mencapai tuala mandi di atas kerusi lalu ke bilik mandi. Huh! Bilalah agaknya tenaga tubuh aku ni kembali pada keadaan asal? Tu lah..siapa suruh main redah je. Dahlah tak pernah jogging. Ish-ish-ish~ tak pernah jogging tu! Bayangkan dulu!

Tak habis-habis aku merungut dengan tindakan salah aku kelmarin.

Beberapa minit kemudian, pintu kamar mandi dibuka. Dia keluar dengan tangannya yang tengah menggosok rambut dengan sehelai tuala kecil. Pandai pulak pakai baju didalam sana. Sebelum ni main selamba badak je..aku ada ke tiada ke. Suka hati je pakai baju depan mata aku. Eh tapi, dia kan suami aku? Tak salah sebenarnya! Huhu…

“Shah kena awal keluar hari ni...agak jauh juga tempat tu dari sini. Shah mungkin lewat balik, soo...Shah tak dapat nak teman Ika dinner untuk malam ni.” tutur dia yang sudah duduk di sebelah aku sebaik selesai mengerjakan solat fardhu subuh. Aku diam disebelahnya

“Ika rest okay…” sambung dia lagi. Jemarinya lembut membelai lembut rambut aku.

“Emm..” balas aku kecil. Isk kenapa dia senyum pula...? Aku ubah posisi membelakangi dia demi mengelak dilayan begitu. Jangan dia panggil aku sudah...

“Ika...” Sudah...

“Please look at me....” Rayu dia lembut.

“Em?” Aku toleh dia perlahan-lahan. Tanpa aku duga dia kucup dahi aku. Aku kaget serta-merta tidak bergerak. Dia tersenyum melihat pipi aku yang sudah merona saga..pandangan matanya dijatuhkan jauh ke dalam mata aku seakan ada sesuatu yang cuba dia disampaikan. Sesuatu yang aku rasa menyenangkan...

“Take your time alright? I’ll be back...” Aku mengangguk. Tidak pula aku sedar bila dia keluar memandangkan aku masih terkejut dengan tindakan dia tadi. Huhu~ Tangan aku diusap-usap pada pipi...dan digenggam kedada aku. Ya Allah...hati aku kuat mengatakan yang aku sayang dia...

.........

“Shah....okay tak? Masih on duty?” Mesej Aplikasi Whatsapp aku kepada Shah namun belum berbalas setelah beberapa minit menunggu. Jam tangan dikerling sekilas. Dah jam 11 malam dah....

Nasib baiklah kaki aku cepat baik....risau punya pasal...huhu

Jam tangan dikerling sekali lagi. Aku ambil keputusan untuk keluar menunggu Shah di luar hotel. Suasana ketika ini sudah sunyi. Hanya beberapa langkah aku tinggalkan pintu bilik, dari jauh aku nampak seorang pekerja lelaki hotel sedang memapah bahu Shah. Aku terus berlari anak menghampiri mereka.

“Ya Allah..kenapa dengan dia?” soal aku cemas sementara tubuh aku dibongkokkan sedikit memandang pada wajah Shah.

“Saya terjumpa dia semasa di lobi tadi. Dia kata, dia pening..” balas pekerja hotel itu. Sempat aku lihat pada tag nama dia. Khairul. Kenapa Shah tak call aku? Isk…dia ni..

“Takpelah, tolong saya papah dia masuk ke bilik.” pekerja itu hanya mengangguk. Aku turut bantu dia kerana jika dibiarkan, memang payah jugak nak angkat Shah ni. Beza tubuh mereka jelas. Shah tinggi orangnya sedangkan pekerja itu kurus dan rendah je. Sebaik kad acess diimbas, kami terus baringkan Shah ke katil. Tapi Shah bangkit menyandarkan tubuh ke dinding katil. Tangan kanannya diletakkan ke dahi. Agaknya kerana menahan pening.

“Thanks ya!” kata aku pada pekerja itu. Dia cuma tersenyum membalas seraya menghilangkan diri dari pandangan aku disebalik pintu. Aku bersandar sekejap pada daun pintu sambil perhatikan Shah dari jauh. Tidak lama, aku lucutkan tudung saja, aku dekati dia. Aku labuhkan punggung disisi dia. Kepala dia aku pegang. Nak kata dia demam, kepala tak hangat. Aku jadi bingung. Risau dengan keadaan dia. Adakah sebab dia terlalu letih?

“Shah..” aku cuba kejutkan dia. Risau pula aku kalau-kalau dia pengsan ke apa. isk!

“Shah…” huh! Awak ni…tak kan dah tidur? Nak tidur, bukalah stoking tu dulu. Hemmm..macam mana ye? Apa aku nak buat pada dia ni? Aku menggaru-garu dagu.

“Awak.…” aku sudah dihujung kakinya menarik stokin itu satu persatu.

“Shah…” aku gerakkan tubuh dan menampar-nampar lembut pada lengannya. Biar betul dia ni. Pasal apa awak pening ye? Mengantuk sangat ke? Atau dah pengsan?? Dalam serabut aku...risau lebih tebal...

“Baiklah, awak tak nak bangun ye? Jangan salah faham pula lepas ni sebab saya nak buka satu ni je. Okay?” kata aku kecil tanpa berlengah naik ke katil dan membuka satu persatu butang baju blausnya. Aku berhenti sekejap. Telan liur...huhu~ yang aku berdebar-debar sangat ni kenapa? Fokus...Relax...sesudah itu, aku teruskan jari.

“Ika…Ika buat apa ni?” tiba-tiba dia bersuara menyebabkan aku hampir melompat. Naik bulu roma.

“Ergh..takde pape..saya..buka blaus awak je.” jawab aku gemuruh. Aku percepatkan tangan.

“Okay dah siap! Awak rehatlah dulu…” kata aku langsung turun dari katil menuju ke kamar mandi. Pintu ditutup rapat. Fuh! Dia ni buat aku terkejut je. Hati aku ni pun buat hal jugak. Aku bukan nak buat apa-apa dekat dia pun. Cuma tolong buka blaus dia je kan? Huhu~ terlebih fikir punya pasal, semua jadi kelam kabut....

Aku bersihkan tangan dan muka. Setelah selesai, aku keluar.

Kerana satu bisikan hati, langkah demi langkah kaki aku diatur mendekati dia.

Mata aku seolah-olah ditarik magnet ke arah wajahnya.

Aku renung dalam-dalam wajah itu seterusnya ke tubuh yang terbujur penat itu. Sayu dan hiba yang tidak dapat dibendung tiba-tiba hadir. Aku naik ke katilnya dan menyelimuti tubuh kami dengan conforter. Tangan kanannya aku raih seikhlas hati mengucupnya...

Maafkan saya kerana tidak melayan awak dengan baik selama ini Shah...sepatutnya saya dari awal lagi lebih dewasa menilai semua yang berlaku antara kita. Tapi kerana hati didahului dengan niat ‘mencuba’, bukan kerana Allah itu yang membuatkan saya gagal dalam hubungan ini. Saya akui, sisa sayang saya pada awak tidak pernah padam untuk awak...namun kerana penafian demi penafian saya selama ni menyebabkan hubungan kita masih hambar tidak seperti pasangan lain. Sudah...cukuplah dengan ‘permainan’ saya selama ini...biarlah malam ini sebagai permulaan untuk saya tebus dosa-dosa saya pada awak...

......Saya terima awak sebagai suami Shah....
Share:

Thursday, 12 May 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 36 ]

Aku membuka mata seluas-luasnya sebaik dia memberhentikan kereta. Aku pandang keluar keliling tempat. Dekat mana ni?? Yelah, mana aku tahu? Sebaik masuk kereta je tadi, terus aku tidur. Mengantuk sangat! Maklumlah, lepas solat subuh je terus bersiap..adeh! tak menyempat-nyempat.

“Dah sampai ke?” aku tanya dia setelah persoalan di benak aku, aku tidak mampu jawab. Aku berpaling pada dia. Sebaris gigi hadapan dipamerkan. Senyum memang tak lekang!

“Welcome to Fraser Hill!” laung dia. Aku buntang mata. Sekali lagi aku pandang ke sekeliling. Aku dua hati untuk menjerit gembira. Yelah, ni first time aku datang sini! Macam tak percaya pulak. Isk. Cover sikit! Hehe..

“Ohh yeke? Aku buat cool. Itu memang bukan aku. Tapi, aku nak buat macam mana? Dalam hati sudah berbunga ‘Yes! Yes!’

“Of course!” jawab dia senada langsung keluar dari perut kereta. Dia terus ke belakang kereta sebaik membukanya dengan menarik kunci bonet dari dalam kereta. Aku juga sama. Sambil memandang ke sekeliling, aku angkat keluar beg pakaian aku. Nampak besar je beg aku ni. Macam bercuti seminggu pulak! Padahal, 3 hari je..hehe.

“Jom!” ajak dia mendahului langkah aku lalu terus masuk ke sebuah hotel. Shahriz Inn yang dipilih. Aku bawa beg aku, dia bawa beg dia. Dia ke kaunter terus mengambil kunci bilik. Tanpa tanya aku pun mana satu aku nak pilih bilik? Aku hanya pandang dia dari jauh dengan langkah aku tetap membuntuti dia. Pandai-pandai je dia buat keputusan ye? Sampai di pintu bilik hotel, dia mengimbas kad acess seraya mengerling ke wajah aku.

“Jangan risau, ada dua katil di dalam..” tutur dia tersenyum perli seperti memahami kehendak aku. Aku cebik bibir. Kalau satu katil pun bukannya awak pandai naik ke atas pun~ hahahah! Tapi tidaklah aku jawab macam tu pada dia...kalau dia tahu? Naya aku! huhu Bukannya aku berterima kasih, aku pandang dia sinis lagi. Jahat betul lah kau ni Ika.

Kami terus masuk ke bilik hotel sebaik tombol pintu dipusingkan. Dia terus saja hempaskan tubuh ke katil. Penat agaknya? Aku pula, beg belum diletak, aku terus membuka tabir hotel. Wahhh~ rasa sejuk menusuk sampai ke hati. Kabus pagi masih kelihatan diluar hotel..isk, nyamannya. Tidak sia-sia bangun subuh arab!

“Ika..” kepala aku terus dipusing ke belakang. Shah berbantalkan lengan menepuk-nepuk tilam dengan telapak tangan kanan dia yang aku fahami meminta aku agar aku ke sisi dia. Aku membantah dengan kerutan dahi dan kembali melihat ke luar hotel.

“Ika...” tiba-tiba suara dia seolah-olah berada sangat hampir dengan aku. Aku toleh saja, wajah dia hanya beberapa inci dari aku kerana dia merendahkan tubuh. Aku telan liur..dup! Dap! Dup! Dap! Sikit lagi aku .............

Aduh! nasib baik.

Haih! Dia ni...bergerak macam hantu. Langsung tiada bunyi! Aku mengeluh kecil lalu ke katil dan terus menghempaskan tubuh. Aku pejamkan mata seketika geram dengan tindakannya.

“Join sekaki boleh?” aku terus membuka mata dan menoleh disebelah aku. Dia tersengih berbaring disisi aku. Aku cebik bibir pandang dia atas bawah dan berpindah ke katil sebelah. Aku kira kali ini dia tidak lagi mengekori aku..padahal masih sama jugak. Aish~ penatlah aku kalau macam ni.

“Laa~” aku sepetkan mata pandang dia disebelah aku. Tersengih je dia. Kalaulah aku pandai jurus karate, dah aku karate dia jauh-jauh.

“Ika....” Automatik aku toleh dia. Dia pula sudah pandang tepat ke mata aku. Lain macam je. Risau aku dibuatnya. Haih! Jangan fikir yang bukan-bukanlah, aku kenal dia. Dia tak akan apa-apakan aku!

“Kenapa ye..” dia terhenti. Sudah~ agaknya soalan maut apa lagi yang dia nak tanya kali ini??

“Tapi...biarlah Shah simpan soalan ini buat sementara waktu..” ujar dia tertawa kecil. Fuh~ naik seram aku dibuatnya. Nasib baik! Kalau tak, aku sah jatuh mengelupur.

“Shah rehat kejap..tengah hari nanti tolong kejutkan..sebab Shah nak jumpa client dekat padang golf di bawah tu..” aku kerut dahi seraya melangkah mejenguk kembali ke padang golf. Aku menoleh pada dia sekejap. Wajah dia nampak lesu.. sebab kerja yang menimbun tu ke? Kadang-kadang aku kesian kan dia sebab dia nampak sangat berkerja keras. Atas sebab apa aku juga tidak tahu..adakah sebab soal aku? Sesuatu yang dia nak buktikan pada aku bahawa dia ‘boleh’ dalam usia dia ni? yeke? Cuma itu yang dapat aku fahami tentangnya. Tapi itu pun kalau betul...

“Oh...okay.” jawab aku dengan muka bingung seraya mengangguk-angguk. Demi tidak menganggu dia, aku segera angkat kaki keluar bilik mengambil angin. Aku terus keluar dari hotel lalu berjalan kaki di kawasan sekitar.

Parkir kereta semakin penuh dengan kenderaan-kenderaan yang mendatang. Hotel-hotel sarat dengan kunjungan warga tempatan mahupun asing. Para fotographer awal-awal lagi datang ke sini. Bersusun lensa mereka di tempat-tempat tertentu. Heh!

Aku labuhkan pungung disebuah kerusi menikmati keindahan alam. Rasa bahagia. Seolah-olah semua masalah hilang apabila berada disini. Barangkali, bagi orang yang suka dengan kemeriahan..tempat ini tidak sesuai untukmu okay! Hanya bagi orang yang jiwa-jiwa je yang suka ke tempat macam ni. Hahah! Macam aku?? Perasan kau!

Kicauan burung memberikan rasa tenang yang sangat sukar aku perolehi di rumah. Tengah serabut fikir soal rumah. Terlintas wajah Shah. Ish! Kacau betul lah muka dia ni.

“Cikgu Syafikah, jom jogging!” aku serta merta-celik mata dan terus tertumpu pada tubuh tinggi lampai di hadapan aku yang tengah panaskan badan. Erh?? Patut pun aku terbayangkan muka dia tadi. Rupa-rupanya dia ada di sini ha! Tapi...bukan dia kata nak rest ke tadi? Kebil-kebil mata aku. Aku terus berdiri. Masih bingung.

“Bukan awak nak rest ke tadi??” soal aku bernada hairan.

“Nak rest macam mana? Celik je bini entah kemana...” macam merajuk je. Aku cebik bibir pandang dia. macam-macam lah dia ni. tapi, comel jugak dia kalau merajuk! Ops? Kalau nak jogging, haruslah tukar baju dulu. Adeh..

Aku meminta diri dari dia untuk naik ke bilik sekejap. Sebaik baju yang lebih selesa disarung ke badan, aku terus turun ke bawah.

Aik? Dia dah kemana pulak ni? Aduhh~ kata nak jogging. Bersama-sama lah sangat! Takpelah, seorang pun seorang lah~

Aku terus berlari di jalan raya sekitar kawasan. Lari tepi je. Kalau di tengah-tengah jalan raya, esok kenduri tahlil lah jawabnya. Huhu..

Lima minit aku berlari, aku nampak Shah dari jauh berbual dengan dua orang wanita warga asing. Langkah aku terhenti seraya mencebik bibir. ceh! Siap main tangkap gambar lagi......huh! Aku putuskan untuk menunggu dia di tepi kolam sehingga sesi bergambar antara mereka selesai. Sementara penungguan itu, aku meninjau-ninjau kawasan yang terdekat.

“Eh? Fatin?” dari jauh aku mengamat-amati susuk tubuh seseorang yang mirip akan Fatin. Kalau itu dia, ada jugak kawan aku. Hehe..

Aku berlari-lari anak mendekati pemilik tubuh itu. Aik? Dah kemana pula ‘Fatin’ ni? Namun hampa. Sekejap je lesap. Hairan. Ah! mungkin aku silap orang kot? Aku abaikan perasaan pelik aku sebentar tadi kemudian kembali ke tempat aku menunggu Shah. Tidak lama itu Shah hampiri aku dengan senyuman paling lebar. Menyampah aku. Entah macam mana dia sedar yang aku ada dekat sini. Dua orang wanita warga asing itu juga sudah beredar.

“Dah tukar baju?” soal dia seperti biasa. Aku pula sudah memeluk tubuh dengan mata disepetkan.

“Dah, kalau ada mesin jahit tadi, dah lama siap buat baju baru kot!” aku memperli dia. Aku menyambung larian yang tadinya terbantut gara-gara dia.

“Hehehe!” dia tertawa tiba-tiba. Aku teruskan larian sementara dia pula agak ketinggalan di belakang aku. Aku tahulah, sebab anak mata aku ekori dia.

“Ika! Tunggulah.” tanpa aku hiraukan panggilan dia, aku teruskan larian. Malah makin laju.

“Tak kan cikgu dah jealous kot?” soal di bila lari sebaris dengan aku. Ketawa pula dia bila aku toleh dia. Aku sepet mata geram.

“Tak!”

“Habis tu?”

“Tiada apa-apa lah! Sibuk je~” dia ketawa kekeh pandang aku.

“Dia orang tadi tu..tanya dekat mana lagi tempat-tempat menarik di Malaysia ni je.” ujar dia walaupun aku tidak bertanya langsung pasal dua orang warga asing itu tadi. Habis tu, yang bergambar sakan tu apa??

“Tak tanya punnn~”

“Sah jealous! Hahaha!” ketawa besar pula dia. Itu yang buat aku malas dengan dia ni. Dah aku kata aku tak cemburu, dia tetap dengan duga rasa dia.

“Perasan!” sambil berlari, aku pandang dia atas bawah. Dia masih dengan tingkah dia tadi. Ish! Pedulilah, malas aku layan dia. penat!

“Tadi sebelum mulakan jogging, ada buat warming up tak?” tiba-tiba dia menukar topik. Fikiran aku terhenti sekejap. Ya tak ya pula...aku lupa!

“Belum.” aku jawab sepatah.

“Eh? Nanti sakit kaki tu..” nada dia berubah risau.

“Tak sakit pun!” dia kerut dahi masih ragu dengan jawapan aku. Namun dia abaikan begitu saja. Sebab aku berkeras kot? hehe

Kami berehat di sebuah pondok melepaskan lelah. Aku sandarkan tubuh ke dinding pondok, manakala dia pula masih tetap berjalan. Cuma kali ini selangkah demi selangkah je. Agaknya begitu cara yang terbaik menenangkan otot? Aku sembarangan je. Hehe..

Sementara, tangan dikipas-kipas ke wajah menghilangkan bahang peluh yang masih setia keluar, mata aku terpandang sesuatu yang menarik.

“PROMOSI UNTUK WARGA YANG CINTAKAN DUNIA ‘ICE SKATING’..” mulut aku automatik membaca keratan risalah yang sudah diangkat dengan tangan.

“Pernah main ice skate?” soal dia berhenti sekejap memandang keratan itu kemudiannya pada aku.

“Pandai?” soal dia lagi.

“Ermm...pandai kot?” jawab aku dengan jawaban yang tidak pasti.

“Ohhh..” kali ini dia dilihat tanpa riak membalas sebelum meneruskan aktiviti yang sama selepas larian tadi. tetapi tidak lama selepas itu, dia kembali bersuara.

“Ika, jom kayuh bot nak?” ajak dia sambil mulut dia dijuihkan ke arah tasik kayuhan bot yang tidak jauh dari tempat kami berdiri. Aku pandang jauh ke arah yang dia maksudkan. Risalah itu aku lipat kecil kemudian dimasukkan ke poket track shirt aku. Boleh lah. Nak jugak try..hahah!

“Tapi belum mandi. Belum tukar baju lagi..tak nak lah!” aku baru sedar. Aku dah berpeluh lebat dah ni. Tak kanlah aku kayu bot dengan peluh-peluh yang melekit? Isk..

“Itu yang bagus. Boleh mandi di tasik tu..hehe.” seraya dia tertawa mengangkat kening.

“Mandi tasik?! Memandai je!” aku jeling dia atas bawah. Dia ingat tasik tu kolam mandi ke? Dia terus ketawa besar. Entah apa yang lawaknya.

“Ala~ kejap je. Lagipun belum ada pelanggan lagi..kitalah pelanggan yang pertama. Jom!”

“Tak nak!”

“Try kejap je! Malu-malu kucing lagi!” dia terus menarik lengan tanpa mempedulikan bantahan aku tadi. Salah satu tugas yang berat bagi aku untuk membantah keputusan dia. Kalau aku kata tak nak, bagi dia..aku nak je. Aduh!

Selesai urusan di kaunter kayuhan bot, aku dan dia diberikan jaket keselamatan dan terus ke Tasik.

***

Selain pemandangan tasik, di darat juga turut kami nikmati. Tempat ni sangat sesuai bagi orang yang baru berkahwin. Tapi bukan newlywed  macam aku, hari-hari perang mulut je dengan dia. Tapi perasaan aku je kot? Sebab aku tengok, dia macam seronok je..ish apa-apa je lah!

“Jom kayuh ke sana.” Shah menunjukkan ibu jari tangannya ke arah yang agak jauh dari tempat kami mengayuh bot. Aku kecilkan mata, cuba untuk fokus pada tempat itu. Macam seram je!

“Eihh! seram. Tak nak lah! Cukuplah dekat sini.” bantah aku. Dah lah sini tiada orang. Kalau aku jatuh macam mana? Siapa yang nak selamatkan aku? Huhu..

“Kejap je..jom!” dia tertawa kemudian melajukan kayuhan ke tempat yag dia kehendaki tadi.

“Eh..eh..eh..tak payah lah...ka..” namun kata-kata aku terhenti kerana berasa pelik. Yaa! Bot kayuhan sedang dia gerakkan ke tempat itu. Aku sudah pusing kepala ke kiri dan ke kanan, kalut dengan situasi itu.

“Ika~ tolonglah. Berat sangat ni.” dia tersengih meminta tolong.

“Saya tak nak tolong~ heheh! Siapa suruh kan? Haaa~ rasakan.” aku senyum sinis memperli dia sambil kedua-dua tangan aku pula kemas dipeluk ke tubuh.

“Laaa~ tolong lah.” kerutan dahi dia buat aku puas hati yang dia payah nak kayuh bot seorang-seorang. Haa~ padan!

“Lalalalalalala~ hehe!” aku buat tidak tahu dengan rayuan mahkamah tinggi dia. Biar dia tahu, aku pun ada hak untuk bersuara! Hahah..

“Ohh tak nak tolong ye? Hehe~” senyuman dia bertukar nakal.

“So.........?” ego aku. Sengaja mencabar. Padahal, masa yang sama aku risau! Entah apa yang ada dalam fikiran dia sekarang ni.

“So.......kalau Shah..” kayuhan bot dihentikan seketika lalu ayat itu dia bisik ke telinga aku. Aku terus membuntang mata seraya mengerling pada dia yang tertawa nakal.

“Apa diaaa?????” aku ketap bibir menahan geram.

“Lalalalalala. Nak ke sayang??” aku geram. Memang geram! Dia gelakkan aku!

“Meh sini Shah bagi..” dia tanpa teragak-agak terus memegang pipi aku. Oh tidakk!! Dia betul-betul nak buat. Giler!

“Tidakkkk!!!” aku terus menepis tangan dia dan kemudian entah kenapa automatik saja tangan aku menolak tubuh dia.

“Ehh! Eeeehhhhhh...Aaaaaaaahhhhhhhh!”

“Splashhh!!!!” Nah sudah! Monyet jatuh ke dalam air. Apa? Dia nak cium aku??? Padan. Hahahaha! Puas hati aku. Tapi rasa bahagia aku nampak dia jatuh ke dalam air tak lama kerana dia tak muncul-muncul selepas itu! Cuma jaket keselamatan saja yang timbul ke permukaan air. Aduh! Tak kan dia lemas??? Aku sudah cemas. Aku pandang sekeliling, Jaga pun entah kemana! Tanpa ragu aku terus terjun ke dalam air cuba untuk selamatkan dia! Aku cari dan cari hampir ke dasar tasik. Sekali lagi hampa! Aku timbul ke permukaan air dan terdiam..rasa nak menangis. Mana dia ni?

“Woahhh! hehe!” tiba-tiba suara Shah tertawa dari belakang aku. Aku jeling tajam pada dia. Jaket keselamatan sudah di tangannya. Mata aku merah menahan rasa marah, risau geram dan sebagainya. Berani dia mainkan aku??? Dia tak tahu ke aku dah risau sangat tadi?? Riak dia berubah tatkala memandang pada wajah aku yang hampir menangis.

“Alamak sorry..Ika risau ke? Sorry!” telapak tangannya sudah dirapatkan memohon kemaafan.

“Tak! Tapi tengok ni!” rasa yang bercampur tadi sengaja aku alihkan pada handphone aku yang basah.

Dia terkejut lalu turut mengeluarkan handphonenya. Handphone dia tu tak masuk air. Tidak menjadi masalah walau ‘berenang’ ke dalam air kopi sekalipun. Tapi aku? Isk..

“Sorry...” rasa bersalah mula terbit dari ucap bibir dia. Tanpa aku pedulikan dia, aku terus naik ke atas bot kayuh. Dia juga sama. Guard pihak pengurusan rekreasi itu datang tidak lama lepas itu. Pandangan dia pelik pada kami yang basah kuyup. Dia meminta maaf kerana dia tidak ada masa Shah jatuh tadi. Katanya dia ada urusan sekejap di luar. Kami terus ke hotel setelah masa kami tamat. Shah pula terus jumpa client dia usai mandi membersihkan diri.
Share:

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers